Wednesday 18 December 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN :)

assalamualaikum...

bertemu lagi kita dalam satu lagi entry terbaru saya..iaitu "jalan-jalan cari makan" special nya entry kali ni adalah kerana..semua gambar yang ada di dalam entry ni..di snap sendiri oleh saya menggunakan NIKON 3100..dan pengalaman yang di kongsikan di sini adalah pengalaman sebenar saya..

berdasarkan entry saya sebelum ni..semua tahu yang saya ni terlalu suka snap gambar..dan di sebabkan saya masih baru di peneng ni,jadi semua tempat saya nak terjah..walaupun bukan semua tempat saya dah pergi,tapi saya boleh kongsikan serba sedikit pengalaman saya yang real punya..bukan gambar yang diambil dari internet..saksi kan pengalaman saya dalam "jalan-jalan cari makan" di peneng ni..hehe



gambar ni saya snap semasa saya berada di dalam bas.. :)

seperti semua orang tahu..saya salah seorang pelajar politeknik seberang perai untuk tahun 2013..jadi untuk save bajet naik bas je lah kan?im a simple person.. :)


gambar di snap semasa berada di jetty.. :)

oleh kerana ini adalah kali pertama saya menaiki feri..jadi terlebih teruja lah pulak..semua gambar nak snap kan?hehe..untuk ke island naik feri je lah yang mampu.. :)


sedapnya jeruk..terliur lah pulak! ^_^

ni pulak gambar jeruk yang saya snap semasa sampai kat island..dan saya sempat membeli jeruk salak kat sini,perrgg..terbaik lah rasanya.. :)

sampai sahaja saya di island..saya terus ke tempat yang di panggil "chowrasta"..kerana dari maklumat yang saya dapat,di chowrasta ni ada makanan yang famous dan sedap..boleh percaya ke?di sebabkan saya tak percayalah..saya telah pergi ke chowrasta ni..hehe..

"famous pinang R.D laksa" :)

hah?? "famous pinang R.D laksa" ?? boleh percaya ke ni??jom tengok gambar kat bawah ni pulak.. :)


 perrggg..siapa yang tengok ni mesti meleleh kan?? :p

seriously saya bagitahu kat korang..siapa yang makan sekali je laksa kat sini..akan termimpi-mimpi nak makan lagi laksa ni..macam saya sekarang ni lah..hehe..laksa kat sini memang terbaik..tapi yang susahnya nak makan bila saya terpaksa berdiri untuk menunggu meja kosong supaya dapat makan laksa ni..hmm..tapi dapat makan jugak kan?memang puas hati..kat kedai ni ramai sangat dah astis yang datang..banyak sangat gambar-gambar astis yang tertampal di dinding-dinding kedai ni..kalau nak rasa kelainan laksa ni..sila lah ke chowrasta ok?? :)


cendol terbaik dari ladang.. :-*

ni adalah kali pertama saya menikmati cendol yang begitu perfect..sampai nak order dua mangkuk..haha..tapi di sebabkan kesian kat orang yang menunggu meja kosong..saya cancel je lah nak order semangkuk lagi..jadi dapat makan semangkuk je..


comfirm korang tengah mengidam nak makan cendol kan? :)


cendol ni boleh order terus semasa korang berada kat kedai laksa tadi..sebab tauke dia orang yang sama kot.. :)


tomyam sea food :)


nasi putih+sambal belacan :)

sebelum balik ke "psp"..saya sempat pekena nasi putih+tomyam sea food kat "nana tomyam" ..tomyam kat kedai ni sememangnya sedap..kerana di masak sendiri oleh orang "thai"..dan kedai ni gabungan antara orang thailand dan orang kelantan..

untuk pengetahuan korang..sebelum balik ke "psp"..saya sempat ke jusco untuk membeli bekalan makanan ringan kegemaran saya..sila tengok gambar kat bawah ni..


"pappa roti" :)


sedap sangat-sangat roti ni.. :)

roti kat kedai ni sangat sedap..dan harga yang di jual juga sangat berpatutan iaitu RM2..siapa-siapa yang nak rasa "pappa roti" ni..sila lah ke jusco sekarang ni.. :)


Restoran Johnny's :)

siapa lah yang tak kenal restoran ni kan?stemboat kat sini tersangat lah sedapnya..sekali makan pasti nak lagi..hehe..tapi jangan makan hari-hari pulak..tak pasal-pasal kan pokai nanti..faham-faham lah ye..hehe :p


my takoyaki :)


sedapnya my takoyaki ni kan?yummy.. :)

ni makanan ringan kegemaran saya..kalau perisa yang saya suka sangat bagi takoyaki ni adalah perisa udang dan ayam..untuk pelajar psp..nanti beli lah ye..kat jusco je..hehe :)


auntie anne's :)

siapa lah yang tak kenal kedai roti paling famous ni..roti yang cukup padat dengan keenakan..terasa nak makan lah pulak ye..hehe..

semua yang saya ceritakan di atas dan semua gambar yang telah saya pamerkan..sekali lagi ingin saya nyatakan..semuanya adalah asli dari saya sendiri tanpa menggunakan unsur internet sekalipun..akhir kata dari saya..semua gambar yang saya snap di atas menggunakan kamera NIKON kesayangan saya..


 my lovely nikon :)


semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang..selamat membaca dan salam mesra dari saya..hafeera karim..assalamualaikum.. :)


No comments:

Post a Comment